Rabu, 30 November 2016

EBook Bisnes Burger

 

TERBONGKAR: Bagaimana Memulakan Bisnes Burger Dengan Pendapatan 5 Angka Sebulan, Didedahkan Secara Langkah-Demi-Langkah Oleh Seorang Anak Kepada Jutawan Senyap Malaysia!

Akhirnya, kini rahsia bagaimana anda boleh menjana pendapatan sampingan atau secara sepenuh-masa dengan bisnes burger hingga mampu menjana pendapatan sekurang-kurangnya 5 angka sebulan akan dibongkarkan dalam laman web ini. Baca sampai habis untuk ketahuinya lebih lanjut ...

Dari Meja Pengurus Stall Burger :
Afiq Dato’Rusly,
Jurulatih Usahawan Makanan & Masakan Komersial Terkemuka Malaysia

RE: Rahsia-Rahsia Membina Bisnes Burger Yang Lumayan & Stabil TERBONGKAR!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat rakan-rakan usahawan & bakal usahawan makanan ku,
Zaman sekarang, zaman yang agak ‘menekan’ jiwa dan raga anda. Saya amat pasti sekali anda juga akan bersetuju dengan kenyataan saya ini.
Mana taknya, dengan isi-isu ekonomi semasa yang makin hari makin menjadi-jadi. Tentu anda sendiri dah mula ‘naik muak’ dengan berita-berita terkini yang terpampang di dada-dada akhbar dan kaca TV mengenai kos sara hidup yang kian meningkat.
Bil api letrik dah naik, kadar Tol dah naik, harga-harga barang-barang runcit makin mahal, harga minyak petrol pun memang nampak tak turun-turun harganya.
Gaji je yang tak naik-naik lagi ni!
Atau mungkin juga anda dikalangan mereka yang memang sudah mempunyai simpanan tapi tak tahu bagaimana ingin kembangkannya agar anda mampu membina sumber pendapatan tambahan supaya tidak melarat hidup anda di masa hadapan.
Anda tercari-cari bagaimana ingin menambah pendapatan secara sampingan yang boleh anda bina sebagai aset masa hadapan untuk keluarga tersayang anda.
Anda pun tak ada idea nak mulakan perniagaan apa yang sesuai dengan situasi anda yang sibuk dan tidak punyai banyak masa.
Baiklah, mari sini saya berkongsi jalan penyelesaianya ...
Cara yang terbaik ialah ...

Memulakan Perniagaan Burger!

Inilah salah-satu perniagaan yang tidak memerlukan modal besar,  tak memerlukan kepakaran yang tinggi serta tidak akan mengganggu waktu bekerja sepenuh-masa anda jika anda seorang pekerja makan gaji di sektor Kerajaan atau Swasta.
Tapi sebelum tu, mesti anda tertanya-tanya.. siapa lah saya ini yang nak sembang tentang bisnes burger :-)
Mari saya kongsikan bersama anda serba-sedikit mengenai perihal latar-belakang diri saya ...

 

Siapa Saya Ni Nak Bercakap Tentang Bisnes Burger? Power Sangat Ke? Atau Sembang Lebat Je Lebih?

Baiklah, izinkan saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu ...
Nama saya Md Fadzirul Afiq bin Dato’ Rusly atau lebih dikenali sebagai Afiq Dato’ Rusly. Untuk lebih mudah kan cerita, saya ni sebenarnya anak kepada Dato’ Hj. Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai Chef Li yang merupakan penulis buku Bestseller “Jutawan Senyap”. Mungkin anda dah kenal dengan ayah saya ni :-)
Saya dilahirkan di Kuala Kubu Bharu, Selangor dan telah mula mengasah bakat dalam kulinari sejak menuntut di UiTM
Saya mempunyai kelulusan dalam Diploma Seni Kulinari serta Ijazah dalam bidang Gastronomy
Alhamdulillah, sepanjang penglibatan saya dalam bidang kulinari ini, saya telah berjaya melatih hampir 15,000 orang usahawan makanan melalui Kursus Masakan dan Memproses Makanan Chef Li
Kursus masakan komersial ini telah diasaskan oleh bapa saya sendiri, Dato’ Hj. Rusly Abdullah
Saya kini menumpukan sepenuh perhatian kepada pembangunan usahawan terutama usahawan muda untuk memulakan perniagaan. Selain itu saya turut giat membantu bapa saya sendiri melatih usahawan di Pondok Industri Darul Tijary, iaitu pondok ala pesantren yang diasaskan oleh bapa saya untuk melatih pemuda-pemudi di dalam bidang perniagaan dan agama
Kini saya mengorak langkah dengan memperkenalkan Teknik Masakan Komersil iaitu teknik masakan khusus untuk perniagaan. Teknik masakan ini mengamalkan teknik masakan yang cepat, tepat dan jimat
Begitulah serba-sedikit pengenalan mengenai diri saya serta pengalaman-pengalaman saya dalam bidang industri makanan dan masakan.
OK, pasti kini anda dah pun mula makin berminat dengan bisnes burger ni, tapi masih ada lagi pelbagai tanda-tanya dan keraguaan dalam diri anda ...


Bisnes Burger Ni Memang Nampak Macam Best, Tapi....


Barangkali anda minat untuk berniaga burger, tetapi.. pelbagai permasalahan dan kemusykilan yang buatkan anda terhenti seketika untuk mulakan perniagaan burger. Adakah ini yang buatkan anda pening kepala memikirkannya ...
Macam mana nak bermula dan apakah LANGKAH PERTAMA yang perlu anda lakukan untuk memulakan bisnes burger dengan betul dan lumayan
Anda tercari-cari Sifu atau Tok Guru yang boleh membimbing anda langkah-demi-langkah untuk memulakan dan mengembangkan lagi bisnes burger anda
Soalan Anda sebelum ni tiada ilmu untuk berniaga terutama sekali berniaga burger. Anda sendiri sedar, apa-apa mesti dimulakan dengan ilmu terlebih dahulu jika ingin memulakan sebarang perniagaan
Soalan Untung ke bisnes burger ni? Ada orang kata untung kecil. Tapi bagaimana nak tingkatkan keuntungan daripada bisnes burger ini?
Soalan Berapa modal yang perlu dilaburkan untuk permulaan? Apakah terdapat cara dan teknik untuk mengurangkan kos?
Soalan Apakah persediaan-persediaan dari segi pengurusan, alatan, pemasaran dan operasi sesebuah bisnes burger yang boleh menjana pendapatan sekurang-kurangnya 4-5 angka sebulan? Anda tak tahu caranya tapi ingin sangat mempelajarinya
Soalan Macam mana nak pilih lokasi yang ‘HOT’ dan strategik untuk meletakkan stall burger bagi mendapatkan prospek dengan mudah tanpa susah-susah keluarkan modal besar untuk buat promosi
Soalan Bagaimana cara serta teknik untuk mencari dan mengurus pekerja bisnes burger anda dengan mudah tanpa anda perlu sendiri jadi ‘pekerja’ perniagaan burger anda. Anda pun tak ada banyak masa, kalau boleh nak labur dan minta orang lain yang boleh dipercayai untuk uruskan perniagaan burger anda dengan lancar
Soalan Anda tak tahu bagaimana ingin jadikan bisnes burger anda sebagai sumber pendapatan pasif anda. Anda mahu, walau anda tiada di gerai burger, atau anda sedang tidur sekalipun, duit tetap masuk!
Sudah, kini anda dah tak perlu nak pening-pening lagi fikirkan segala permasalahan di atas ...
Segala persoalan di atas bakal dijawab untuk anda ...

Saya sendiri akan bantu dan bimbing anda langkah-demi-langkah melalui ebook panduan hasil tulisan saya sendiri ini ...

0 ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:
Free Blog Templates