Jumaat, 27 Julai 2012

Kelebihan Dan Kebaikan Bekam

Rasulullah SAW telah lama mengajarkan kepada kita mengenai ilmu perubatan yang efektif hampir 1,400 tahun yang lalu. Suatu terapi yang mempunyai khasiat penyembuhan yang sungguh luar biasa dan hanya terungkap sekitar abad ke 20. Ia juga adalah salah satu cara detoksifikasi (buang racun) yang sesuai dan selamat bagi umat Islam tanpa kesan sampingan yang ketara.

Diriwayatkan dalam Shahih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan pengubatan dengan besi panas. (Shahih Bukhari)

Hadis Kedua: Dari Jabir Bin Abdillah r.a ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda: Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan 'kay'. (Shahih Bukhari)

Hadis Ketiga: Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas'ud dan riwayat Baihaqi: "Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan, kecuali mereka berkata, "Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!" (Shohihul Jami': 5671)

Hadis Keempat: Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu Mas'ud yang berkata: "Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau diisra'kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan" Wahai "Muhammad, Perintahkanlah umatmu untuk berbekam."

Ahmad juga meriwayatkan dalam musnadnya, sabda beliau: "Ini (bekam) adalah sebaik-baik cara pengubatan yang digunakan oleh manusia." (Al-Bashriyyin : 19237, Shohih)
Hadis Kelima: Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam). (Shahih Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis-hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa bekam merupakan perintah Nabi Muhammad SAW. Bekam juga adalah terapi yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit. Nasihat ini merupakan penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas kunjungan Nabi SAW. Bekam adalah nasihat emas daripada para malaikat yang berbakti kepada 'penghulu manusia' pada malam yang diberkati. Justeru, adalah sangat tidak wajar sekiranya kita yang mengakui seorang Muslim ini cuba berdolak-dalik ataupun mengabaikan kaedah pengubatan yang langsung turun dari langit ini!

Jelasnya, bekam adalah pengeluaran darah dari permukaan kulit untuk tujuan pengubatan dan mengekalkan kesihatan. Bekam juga disebut satu proses terapi untuk membuang darah kotor atau darah toksik yang terdapat pada badan seseorang. "Bekam dipercayai telah wujud sejak zaman purba seperti di Greek dan dan di Mesir. Pada masa itu bekam adalah dengan menggigit kulit untuk mengeluarkan darah sebelum ia disedut.

"Pada zaman Nabi Musa, bekam turut digunakan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit," jelasnya.
Bekam adalah satu daripada cara perubatan yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Baginda mengiktiraf bekam ini sebagai perubatan yang paling baik, sama ada untuk perawatan (curative) atau pencegahan (preventive) sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis. Pada zaman Rasulullah SAW bekam adalah dengan menggunakan tanduk. ( Sumber:  ZUARIDA MOHYIN, berita harian, mac 2010)

Kelebihan dan Kebaikan Bekam



Bukti Kebaikan Bekam
 




Hukum Bekam

Isnin, 23 Julai 2012

Haram Makan Ulat Mulong




 Ulat Mulung
 Hukum Makan Ulat Mulong

ADAKAH haiwan seperti kanggaru, ulat mulong, badak air dan keldai boleh dimakan? Adakah dubuk dan anjing laut itu najis?

JAWAPAN:

KANGGARU halal dimakan. Tentang ulat mulong pula, dalam mazhab Syafie menjelaskan, segala jenis ulat dihukumkan haram kecuali ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apatah lagi untuk dibuang. Lebih tepat, ia diistilahkan termakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut.

Jadi, menjadi satu syarat iaitu ulat-ulat itu dimakan (tanpa disedari) bersama-sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang.

Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan daripada buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan.
Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti Minhajuth Tholibin halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada Tuhfatul Muhtaj (juzuk 9, halaman 369 dan 445).

Begitu juga dengan pendapat Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama pengarang kitab Sabilal Muhtadin (juzuk 1, halaman 38) dengan jelas menyatakan: Bahawasanya telah dinaskan oleh ulama, setiap ulat, dan jika ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, adalah haram memakannya.

Berkenaan badak air pula, ia tidak boleh dimakan kerana ia merupakan hidupan dua alam iaitu air dan darat.
Adapun tentang keldai maka para ulama sepakat tentang halalnya keldai liar, kuda belang dan seladang. Nabi SAW telah dihadiahkan dengan keldai liar lalu baginda memakannya. (Riwayat al-Bukhari dari hadis Abi Qatadah).

Hujah Imam As Syafie berhubung dengan dubuk (hyena) ialah haiwan itu tiada taring, sebaliknya semua gigi haiwan itu sama tajam. Andai kata diterima bahawa ia memiliki taring, ia bukan dari kategori as-siba (haiwan pemangsa yang makan secara menerkam seperti singa dan harimau) yang disebut di dalam hadis.

Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn al-Qayyim dan hadis dari Jabir. Beliau ditanya tentang dubuk: Adakah dubuk binatang buruan? Jawabnya: Ya. Beliau ditanya lagi: Adakah ini disabdakan oleh Nabi SAW? Jawabnya: Ya. (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan disahihkannya serta an-Nasa-i dan Ibn Majah. Disahihkan juga oleh al-Hakim).

Dubuk bukanlah najis mengikut pendapat Imam Syafie. Berkaitan dengan anjing laut, ia tidak najis tetapi ia tidak pula halal dimakan kerana ia termasuk haiwan dua alam. Wallahu a'lam.

Kosmo

Sabtu, 21 Julai 2012

Panduan Solat Tarawih


Panduan Sembahyang Sunat Tarawih ini dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sama-samalah kita sembahyang sunat tarawih semoga ibadah puasa kita lebih diberkati. Kepada yang berminat boleh download panduan lengkap solat tarawih di sini 

Jumaat, 20 Julai 2012

Kaedah Bekam


Foto
  Magnet dimasukkan sebelum bekam magnet dilakukan.


Foto
DARI kiri atas, hanya jarum baru digunakan, Lenset digunakan untuk menebuk lubang dipermukaan kulit. Pisau cukur digunakan untuk bekam darah sunnah. Gambar bawah dari kiri, Darah kotor keluar sebaik cawan bekam dilekap pada kulit. Tisu memudahkan bekam dicuci. Darah kotor yang keluar selepas beberapa minit berbekam.

 Kaedah Bekam

Terapi rawatan ikut sunnah semakin dilupakan

BEKAM adalah satu subjek yang besar biarpun ia sekadar satu cabang dalam perubatan alternatif. Mengikut definisi ia adalah kaedah rawatan yang menggunakan alat seperti gelas, tanduk atau buluh yang menyedut permukaan kulit untuk mengeluarkan angin, darah, toksik, darah beku atau kekotoran.

Pengamal kaedah perubatan bekam, Dr Nik Fairuz Hakim Nik Omar, dari Pusat Perubatan Homeopathy dan Akupuntur Dr Nik Omar, Shah Alam, berkata bekam atau Al-Hijamah adalah amalan sunnah yang hampir dilupakan orang Islam sendiri. Ia adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT.

Ada beberapa jenis bekam yang diamalkan di dunia seperti bekam kering (angin), bekam basah (darah), bekam magnet, bekam elektronik dan bekam akupuntur.

“Hampir 60 peratus bekam yang diamalkan di seluruh dunia terdiri daripada bekam kering (angin). Bekam angin pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu magnet dan akupuntur (aku-bekam). Bekam jenis ini tidak menyakitkan dan amat sesuai digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, muntah, resdung, masalah hati, sakit belikat, urat saraf, sakit leher, berdengkur, buah pinggang, buasir dan pelbagai lagi,” katanya.

Bekam basah atau bekam darah pula menguasai 30 peratus teknik berbekam dan terbahagi kepada dua iaitu bekam darah moden dan bekam darah sunnah (mengikut sunnah Rasulullah). Perbezaan bekam moden dengan sunnah ialah bekam moden menggunakan jarum, boleh dilakukan mengikut kelapangan pesakit tidak mengira waktu, sekerap dua kali seminggu dan tidak kisah jika pengamalnya lelaki atau perempuan.

Bekam sunnah pula menggunakan pisau cukur kerana mengikut satu ayat iaitu ‘shartah’ yang bermaksud toreh. Bekam jenis ini dilakukan pada hari tertentu iaitu pada tanggal 17, 19 dan 21 mengikut kalendar Islam dan afdal dilakukan pada Khamis, Jumaat dan Isnin. Hari perlu dielakkan ialah Rabu.

Mengikut tulisan Ibnu Sina, waktu terbaik untuk berbekam ialah antara jam 2 petang hingga 3 petang dan seharusnya dilakukan selepas mandi, kecuali bagi orang yang darahnya kental, harus mandi air panas sehingga tubuhnya berasa hangat sebelum berbekam.

Kata Dr Nik Fairuz, jenis bekam biasanya mengikut pilihan pesakit yang kebanyakan bertujuan membuang angin dan darah kotor.

“Kebanyakan mereka yang mengunjungi pusat rawatan ini memilih untuk berbekam atas saranan dan nasihat rakan-rakan yang pernah merasai kebaikan berbekam terutama amalan bekam sunnah,” katanya yang menjelaskan pesakit yang menderita barah, ketumbuhan yang mencurigakan, fibroid (sista), lupus (SLE), kudis kronik, jangkitan, sawan (gila babi), HIV/Aids, orang fobia, mengandung, penyakit kelamin dilarang berbekam.

“Kami tidak merawat kanser, tetapi tidak dinafikan ada pesakit yang datang untuk berbekam atas fahaman dan keyakinan seperti diriwayatkan Abu Hurairah yang berkata Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka ia akan menyembuhkan semua penyakit.” (Hadis riwayat Abu Daud),” katanya.

Dr Nik Fairuz mendapat tauliah pakar bekam daripada Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia (Fahom).

Amalan bekam darah dahulunya biasa dilihat di tepi-tepi jalan, dan pengamal bekam sebegini biasanya mewarisi teknik bekam secara turun temurun. Tidak dinafikan teknik ini pernah dilabel sebagai perubatan jalanan kerana amalan kebersihan seperti peralatan serta cara darah kotor dilupuskan diragui.

Apapun jenis bekam yang dipilih, bagi yang berminat dengan rawatan ini, mereka perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai maklumat serta kemungkinan termasuk pantang larang dan tahap kepakaran pengamal bekam. Beberapa perkara yang boleh berlaku ketika dan selepas bekam termasuk pitam, pening, kebas, pendarahan, lebam, kulit melecet, jangkitan, gatal-gatal, sakit bahagian bekam dan keguguran.

Pengamal bekam hendaklah bertauliah dan tahu apa yang dilakukan, mematuhi undang-undang perubatan mengikut Akta Perubatan 1971, memahami dan mengikut peraturan pengamalan, menjaga kebersihan dan tidak berbekam pada bahagian yang dilarang.

“Antara garis panduan pengamal yang bertauliah perlu mengikut Akta Perubatan 1971 seperti tidak boleh mengisytiharkan bahawa teknik ini boleh menyembuhkan penyakit yang mustahil untuk disembuhkan, selain tidak boleh menggunakan peralatan seperti doktor,” jelasnya yang mula berminat terhadap teknik bekam ketika menuntut di Hospital Besar Kalubowila Colombo, Sri Lanka Selatan pada 1999.

Terbaru, timbul cadangan Kementerian Kesihatan untuk menimbang menggunakan akta untuk menguatkuasakan peraturan pengamal bekam iaitu mereka perlu mendalami ilmu bekam sekurang-kurangnya tiga tahun sebelum menjadi pengamal bertauliah.

Bagaimanapun, usul ini masih pada peringkat perbincangan disebabkan kebanyakan pengamal bekam di negara ini mewarisi teknik ini secara turun-temurun.

Dari segi sejarah, penggunaan teknik bekam paling awal dikesan melalui amalan kaum Nabi Lut yang membaling batu kepada orang asing yang memasuki ke kampung mereka. Pendatang yang luka kepalanya kemudian dikejar dan diminta membayar wang sebagai habuan kerana mengeluarkan darah dari kepala mereka.


INFO: Bekam


  • Mereka yang berusia 4 hingga 65 tahun boleh berbekam.



  • Kebiasaannya, rawatan bekam kering mengambil masa antara 15 hingga 20 minit.



  • Sesi terapi bekam darah tidak melebihi 30 minit.



  • Jumlah darah tidak melebihi 5 hingga 10 mililiter.

  • Berita Harian Online | Kaedah bekam

    Ahad, 15 Julai 2012

    Bahaya Korek Telinga


    HANYA pakar yang mampu membuang tahi telinga dengan selamat.


    AMALAN mengorek telinga sama ada disebabkan tersumbat atau kotor sudah dianggap biasa. Selalunya putik kapas akan digunakan tetapi dalam keadaan yang lebih ekstrem, pin rambut dan pencungkil gigi turut dijadikan alat untuk mengorek keluar tahi telinga.

    Malangnya, putik kapas sebenarnya bukan sahaja tidak membersihkan telinga bahkan berupaya menyebabkan gangguan pendengaran.

    Pensyarah Kanan dan Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Universiti Sains Malaysia, Dr. Irfan Mohamad menjelaskan, saluran telinga mempunyai struktur menyerupai rerambut halus di bahagian yang menghala ke luar dan bahagian tanpa rerambut yang letaknya lebih ke dalam yang hampir dengan gegendang telinga.

    "Lilin telinga, yang ramai antara kita mengenalinya sebagai tahi telinga, terhasil daripada kelenjar yang terletak di bahagian yang lebih ke luar daripada keseluruhan salur telinga.

    "Majoriti dalam kalangan masyarakat menganggap lilin telinga ini kotor dan perlu dicuci tetapi tanggapan itu salah," katanya.

    Korek telinga

    Tutur Irfan, lilin telinga terhasil daripada proses fisiologi dalam diri manusia dan amaunnya amatlah sedikit.

    "Tindakan mengorek telinga hanya menyebabkan proses pencucian lilin telinga terganggu.

    "Rerambut halus yang terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah diprogramkan untuk 'menyapu keluar' lilin telinga ini," ujarnya.

    Dalam keadaan biasa, kita akan terasa seperti ada debu-debu berhampiran dengan kawasan cuping telinga.
    Ia ialah lilin telinga yang secara automatik telah disapu keluar oleh 'petugas' yang sentiasa bekerja di dalam telinga kita.

    "Apabila tugas mereka diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah lilin telinga terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih ke dalam.

    "Sampai ke suatu tahap, kita akan mengalami apa yang dikenali sebagai kurang dengar jenis konduktif," terang Irfan.

    Tersumbat

    Irfan memberitahu, ada kes yang melucukan seperti hujung putik kapas terlucut daripada bahagian plastiknya dan tertinggal di dalam lubang telinga.

    "Pengeluaran kapas berkenaan biasanya memerlukan pemeriksaan mikroskopik manakala putik kapas yang tertinggal diambil keluar dengan menggunakan forsep," jelasnya.

    Apabila terlalu banyak lilin telinga yang termampat dan terperosok ke dalam, ia semakin menghampiri gegendang telinga.

    Gegendang ini berfungsi sebagai penukar daripada tenaga bunyi kepada tenaga getaran atau mekanikal.
    Hasilnya, seseorang mengalami masalah pendengaran.

    "Kaedah rawatan konvensional yang digunakan ialah dengan memancutkan air suam ke dalam telinga dengan menggunakan picagari. Ini boleh dilakukan oleh mereka yang terlatih sahaja.

    "Lilin telinga akan menjadi sedikit lembut dan lama-kelamaan terkeluar mengikut arus air tersebut," katanya.
    Bagi sesetengah kes pula, ketulan yang terlalu keras dan mampat akan dilembutkan terlebih dahulu dengan sejenis ubat titis telinga dan selepas itu barulah lilin termampat tadi mudah dikeluarkan.

    "Apabila lilin telinga telah dikeluarkan, biasanya pesakit akan memperoleh tahap pendengaran seperti sediakala.

    "Cuma pesakit tidak lagi menggunakan putik kapas pada masa akan datang," beritahu Irfan. - MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

    Kosmo! Online - Rencana Utama

    Selasa, 10 Julai 2012

    Bekam Sihir


    BAHAGIAN kepala dan tengkuk akan dibekam bagi mengurangkan kesan sihir.


    Bekam

    SEJARAH rawatan berbekam yang dimulakan sejak ribuan tahun dahulu sering dikaitkan sebagai kaedah terbaik untuk mengeluarkan darah kotor yang menjadi punca pelbagai penyakit.

    Hari ini, berbekam semakin popular kerana manfaatnya didakwa berkesan membantu mengurangkan bisa penyakit gout, migrain dan sakit belakang.

    Terbaru, kaedah rawatan Islam ini dikatakan berupaya menangani gangguan sihir.

    Menurut perawat bekam di Pusat Terapi Syifa, Ahmad Husin, 36, bekam sihir boleh dilakukan di semua titik yang dipanggil Thibbun Nabawi. Selain itu, bekam juga boleh dilakukan di titik sendi badan.

    "Fungsi berbekam jenis ini ialah untuk mengeluarkan endapan sihir atau darah kotor akibat gangguan jin yang bergerak melalui saluran darah manusia.

    "Untuk mengatasi gangguan sihir, bahagian yang wajib dibekam ialah kepala dan tengkuk. Bahagian tubuh yang lain dibekam mengikut keperluan, bergantung pada jenis sihir.

    "Berdasarkan pengalaman saya, pesakit yang menghidap sihir kerana urusan kerja, dadanya akan sakit.
    "Mangsa sihir rumah tangga pula sakit di pinggang manakala mangsa akibat sihir pelaris, mereka terpaksa berdepan dengan kesakitan yang teruk di kaki pada waktu tertentu," ujar Ahmad.

    Selama dua tahun mempraktikkan bekam sihir, Ahmad berkata, kaedah rawatan yang disertai amalan bacaan ayat-ayat rukyah itu dapat mengurangkan pengaruh gangguan sihir terhadap pesakit.

    "Sebelum memulakan rawatan, perawat perlu membaca ayat Kursi disusuli dengan surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas bagi mengelak aura sihir daripada badan pesakit berpindah ke tubuh perawat.
    Sihir berjangkit

    "Kebanyakan perawat bekam sihir di pusat ini pernah menerima tempias ilmu sihir daripada pesakit sehingga ada yang serik untuk menjadi perawat lagi," katanya.
     
    Ditanya tentang bentuk gangguan yang diterima, Ahmad memberitahu, ada perawat yang mengalami bisa-bisa badan, demam, hilang semangat dan mendapat mimpi yang kurang baik.

    Berpeluang melihat proses rawatan bekam sihir ke atas seorang pesakit, dapat disimpulkan bahawa teknik berbekam sihir dan bekam darah tiada bezanya melainkan pesakit disarankan mengamalkan ayat-ayat rukyah.

    "Kaedah bekamnya sama sahaja. Dengan menggunakan sarung tangan getah, perawat akan mengenal pasti urat yang betul sebelum menekapnya dengan cawan bekam yang telah disteril bagi menjamin kebersihan dan pembasminan bakteria serta virus secara maksimum.

    "Setelah itu, barulah kawasan tersebut dicucuk dengan jarum pakai buang yang dikhaskan untuk berbekam.

    "Proses sedutan darah biasanya dilakukan sebanyak dua hingga tiga kali bagi memaksimumkan pengeluaran darah kotor," ujar Ahmad.

    Darah berwarna merah gelap yang berketul-ketul seperti jeli itu dikatakan mengandungi toksik, asid urik, kolesterol, angin, sel darah merah yang rosak dan juga unsur gangguan jin.

    Pada akhir rawatan bekam, darah kotor akan dibersihkan dan kawasan bekam disapu dengan kapas beralkohol untuk menyahkan kuman.

    "Selepas berbekam, pesakit akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pembuangan toksik daripada badan.

    "Ia juga boleh mengurangkan 50 hingga 60 peratus gangguan sihir dalam badan kerana jin hanya akan bergerak mengikut aliran darah yang kotor.

    "Jika darah yang kotor dibuang, Insya-Allah gangguan sihir dapat dikurangkan malah dihapuskan secara berperingkat," ujar Ahmad.

    Ditanya mengenai pantang larang sebelum menjalani rawatan bekam sihir, dia menjawab, pesakit dianjurkan berpuasa sehari sebelum temu janji bekam. Jika tidak berpuasa, pastikan perut dikosongkan dua jam sebelum berbekam.

    Selepas berbekam pula, pesakit nasihatkan tidak makan dan tidur selama dua jam.

    "Rawatan bekam adalah sunah Rasulullah untuk mengubati 93 jenis penyakit klinikal selain gangguan jin.

    "Bagi yang sihat tubuh, saya mengesyorkan mereka menerima rawatan bekam sunah ini sebulan sekali manakala bagi yang berpenyakit sama ada klinikal mahupun gangguan jin, rawatan perlu disusuli seminggu sekali sehingga sembuh," jelasnya.

    Kosmo! Online - Rencana Utama

    Sabtu, 7 Julai 2012

    Ikan Duyung Hanya Dongeng

    TIADA bukti menunjukkan ikan duyung pernah ditemui.
    TIADA bukti menunjukkan ikan duyung pernah ditemui.
     Cerita Duyung


    LOS ANGELES: Persoalan sama ada ikan duyung wujud atau tidak ditamatkan baru-baru ini apabila sebuah agensi saintifik Amerika Syarikat mengesahkan makhluk laut itu tidak wujud.

    Pentadbiran Lautan dan Atmosferik Kebangsaan Amerika mengesahkan tidak ada bukti menunjukkan makhluk separuh manusia separuh ikan itu wujud.

    Agensi berkenaan mengeluarkan kenyataan minggu lalu untuk menjelaskan bahawa spesies laut itu tidak wujud selepas menerima beberapa panggilan berikutan tayangan oleh saluran Animal Planet berjudul: Mermaid: The Body Found yang mengelirukan beberapa penonton. Selepas siaran rancangan fiksyen itu, yang direka untuk mempunyai format sama dengan sebuah dokumentari, beberapa penonton menelefon agensi berkenaan untuk mengetahui lebih banyak mengenai makhluk itu.

    Agensi itu mengeluarkan kenyataan menerusi bahagian Fakta Lautan, mengakhiri teori kewujudan ikan duyung.

    Kenyataan itu berbunyi: “Adakah ikan duyung wujud? Tidak ada bukti menunjukkan ia pernah ditemui.” Kenyataan itu seterusnya menerangkan bagaimana makhluk feminin itu ditemui pertama kali pada lukisan di gua kira-kira 30,000 tahun lalu.

    Agensi terbabit menggabungkan kenyataan itu menerusi maklumat yang sudah sedia diperoleh untuk orang awam kerana ia tidak mempunyai program yang khusus untuk mengkaji ikan duyung, kata jurucakapnya, Carol Kavanagh kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).


    Kenyataan itu dikeluarkan selepas Pusat Kawalan dan Pencegahan Wabak mengeluarkan kenyataan bulan lalu bahawa zombi tidak wujud.

    Pusat berkenaan membuat kenyataan itu berikutan tersebar khabar angin kononnya seorang lelaki, Rudy Eugene, 31, ditembak mati oleh polis ketika mukanya berubah seperti zombi. - DM

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/05

    myMetro | Ikan duyung hanya dongeng

    Gambar Ikan duyung sebenar

    Selasa, 3 Julai 2012

    Cara Menasihati Anak Supaya Tidak Degil

    Sekadar Hiasan

    1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

    2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

    3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
    fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

    4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

    5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini. Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tersabit (bapa Imam Abu Hanifah)ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Template by:
    Free Blog Templates