Sabtu, 26 Mei 2012

Tanda-tanda Ada Gangguan Jin Di Dalam Rumah


TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH

1. Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
2. Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
3. Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
4. Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
5. Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )
...
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."

2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :

AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas

Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.

3.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.

Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

SUMBER: Misteri & keajaiban alam
www.facebook.com/mayeenazrich

Sabtu, 19 Mei 2012

Ilmu ghaib lima saat

KUALA LIPIS: Dia seorang guru silat yang terkenal di Merapoh dan andainya dia berkata bahawa tidak perlu menaiki kenderaan untuk ke Kelantan, pasti ramai yang mengaitkan kenyataannya itu dengan ilmu serta kehandalan yang dimilikinya.
“Memang saya boleh ke Kelantan dalam tempoh tidak sampai lima saat. Kalau tidak percaya, saya boleh buktikan,” kata Ismail Abdullah, 68, yang menetap di Kampung Mentara Baru, Merapoh, dekat sini.

Bukan niat Ismail bermegah dan berbangga dengan ilmunya, tetapi memang bukan sesuatu yang sukar baginya ke negeri jiran itu.

Selepas diselidik, rupa-rupanya rumah Ismail terletak di garisan sempadan Pahang-Kelantan dan dalam beberapa langkah saja, Ismail boleh berada di Kelantan dan pulang ke Pahang dalam sekelip mata.

“Saya tidur di Pahang dan memasak di Kelantan. Saya tidak perlu menaiki kenderaan ke Kelantan. Kadangkala, saya sendiri keliru sama ada saya orang Pahang atau Kelantan.

“Kalau mengikut sijil kelahiran, saya orang Kelantan, tetapi saya merasakan saya orang Pahang kerana sebahagian besar dari hidup saya dihabiskan di negeri itu,” katanya.


Ismail yang juga bekas Ketua Kampung Mentara Baru berkata, keadaan itu sudah dialaminya sejak kecil lagi dan dia hanya mengetahui rumahnya terletak di sempadan Pahang-Kelantan apabila Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) meletakkan batu sempadan pada tahun 1962.

Dia yang sudah kematian isteri sejak lebih lima tahun lalu menetap di rumah berkenaan bersama dua daripada lapan anaknya.

“Alamat saya menunjukkan saya menetap di Pahang, tetapi tidak sampai 5 saat, saya boleh berada di negeri Kelantan. Kalau orang lain, mereka memerlukan masa paling tidak 5 jam untuk ke Kelantan tetapi tidak bagi saya,” katanya sambil bergurau.

Itulah istimewanya kediaman Ismail dan dia tidak berhasrat mengubah lokasi rumahnya kerana selesa dengan keadaan itu walaupun pernah terfikir berpindah.

myMetro | Ilmu ghaib lima saat

Isnin, 14 Mei 2012

Bisa Haiwan Ubat Mujarab


TOKSIN siput kon berjaya diubah sebagai penawar Parkinson, Alzheimer, kemurungan, ketagihan nikotin dan skizofrenia.



PENGGUNAAN toksin reptilia seperti ular, biawak Gila Monster, kala jengking, sengat tebuan dan labah-labah sudah lama diamalkan dalam perubatan alternatif homeopati.

Bagaimanapun, bisa haiwan semakin diterima dalam perubatan moden khususnya untuk dijadikan penawar penyakit kronik.

Pengarah Taman Reptilia Australia, John Weigel memberitahu, penghasilan bisa antivenin diperlukan bagi kes individu dipatuk ular.

“Sekurang-kurangnya 50 hingga 600 ular berbisa digunakan setiap dua minggu sekali di Australia bagi proses pengekstrakan bisa.

“Bisa itu bagi menyelamatkan kira-kira 300 nyawa mangsa patukan ular berbisa setiap tahun,” katanya.
Weigel berkata, ramai pengkaji perubatan cuba mendapatkan ular jenis Brazil di Australia kerana keupayaannya menghasilkan penawar tekanan darah tinggi serta gangguan kardiovaskular lain.
Siput penawar

Lebih kurang 560 daripada hampir 3,000 spesies ular di dunia adalah berbisa manakala 10 daripada sejumlah ular paling berbisa boleh ditemui di Australia.

Bukan sekadar bisa ular yang mampu menjadi penawar penyakit kronik. Biawak, haiwan yang dianggap menggeli dan menjijikkan hakikatnya berupaya melaraskan kandungan glukosa dalam darah manusia.
Kandungan air liur biawak Gila Monster atau nama saintifiknya, Heloderma suspectum boleh menurunkan paras gula pesakit diabetes jenis kedua.

Ubatan yang diperoleh daripada air liur biawak itu dikenali sebagai Byetta. Ia berkesan merangsang perembesan insulin sebagai tindak balas terhadap kandungan glukosa yang tinggi dalam darah.
Selain itu, apabila hormon glukagon yang membantu meningkatkan kandungan glukosa dalam darah disekat, ia berfungsi mengurangkan berat badan seseorang.

“Apabila orang mendengar Byetta boleh menurunkan berat badan, ia serta-merta menjadi laris,” kata pakar farmasi dan diabetes Australia, Sandra Leal.

Dalam pada itu, siput mudah didapati di sungai dan lautan serta enak dimakan. Namun, lain pula halnya dengan siput kon.

Ini kerana siput itu mampu melemahkan mangsanya seperti ikan, cacing dan moluska dengan menjelirkan lidah yang berbentuk jarum sebelum menyuntik sejumlah toksin ke dalam badan mangsa.
Para saintis berpendapat, individu yang disengat siput kon berisiko 90 peratus untuk mati.
Namun, saintis telah berjaya mengubah toksin spesies siput itu menjadi ubat untuk merawat pelbagai gangguan sistem saraf seperti Parkinson dan Alzheimer, serta mengawal kemurungan, ketagihan nikotin dan skizofrenia.

Terdapat lebih 500 spesies siput kon yang lazim ditemui di kawasan terumbu karang.
Seorang saintis daripada Universiti Washington, Amerika Syarikat (AS), Miqin Zhang pula membuat penyelidikan mengenai bisa kala jengking jenis Deathstalker yang berpotensi mengubat kanser otak.
Katanya, kandungan klorotoksin dalam bisa haiwan itu mampu mengubat kanser otak dengan konsep terapi gen.

“Klorotoksin menghapuskan gen pencetus tumor penyebab kanser otak,” ujar Zhang.
Tidak terhenti begitu sahaja, sengat lebah tarantula, kala jengking dan ular tedung didakwa berkesan mengubat pelbagai penyakit kronik.

Pakar perubatan dari Amerika Syarikat (AS), Samuel A. Wickline menemui protein pada sengat lebah iaitu melittin untuk merawat kanser.

AIR liur biawak Gila Monster boleh menurunkan kadar gula pesakit diabetes.



Katanya, melittin berperanan membunuh sel penyebab kanser tanpa mengganggu fungsi ubat sintetik.
Sintetik

“Kebanyakan saintis fokus terhadap metod ini sebagai terapi antikanser,” beritahu beliau.
Pakar biologi dari negara sama, Frederick Sachs berpendapat, bisa tarantula boleh mengurangkan distrofi otot iaitu penyakit pengecutan organ atau otot manusia yang disebabkan tabiat pemakanan yang tidak betul.
Bisa ular tedung juga berperanan untuk mengubat penyakit artritis seperti yang diamalkan dalam perubatan Ayurveda di India. Di India juga lebih 10,000 kematian berlaku akibat patukan ular setiap tahun.
Pengarah Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Razak Lajis berkata, bisa haiwan mempunyai kelebihan dalam melawan penyakit kronik.

“Sama seperti tumbuh-tumbuhan, buah-buahan serta herba, semuanya ada khasiat dari sudut saintifik.
“Namun, penyelidikan lebih mendalam perlu dilakukan supaya ia terbukti berkesan selain boleh dikomersialkan,” katanya kepada Jurnal.

Ujarnya lagi, penggunaan bisa haiwan dapat mengurangkan pergantungan kepada ubat sintetik yang lebih mahal.

“Hasilnya pengguna dapat memperoleh ubat-ubatan pada harga yang lebih murah. Lagipun haiwan tersebut senang dijumpai di negara ini,” jelas beliau.

 http://www.kosmo.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:
Free Blog Templates