Ahad, 21 Ogos 2011

Nafsu

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Al-Quran Sebagai Pembela Dihari Kiamat

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Isnin, 15 Ogos 2011

Akal Wanita Sehalus Rambutnya

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada dalam syurga
Namun Adam tetap rindukan Hawa
Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi seandainya lelaki itu tidak lurus
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus

Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduanNya
Jangan cuba menjinakkkan mereka dengan harta, Kerana nantinya mereka liar
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, Kerana nanti akan derita
Kenalkan mereka kepada Allah
Zat yang kekal, itulah punca kekuatan

Akal sehalus rambutnya, Tebalkan ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak
Suburkanlah ia, kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilah Rabb
Bisikkan ke telinga mereka
Bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Allah…..
Sebaliknya disitulah kasih sayang Allah…
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan
Tanpa iman, ilmu dan akhlak….
Mereka tidak akan lurus.
Bahkan semakin membengkok
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya
Bila wanita menjadi derhaka…
Pasti dunia lelaki akan huru hara…

Lelaki pula jangan mengharapkan ketaatan semata-mata
Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah ia
Jinakkan dirinya kepada Allah nescaya akan jinaklah
Segala-galanya dibawah kepimpinan-Mu
Janganlah mengharapkan isteri
Semulia fatimah Az-zahara
Seandainya dirimu tidak sehebat
Saidina Ali karramullahwajjah

Rabu, 10 Ogos 2011

Renungan Harian

Renungan Harian merupakan koleksi sebahagian kecil
hadis-hadis yang dimuatkan dalam perisian ini untuk
tatapan dan renungan anda semua.Alangkah eloknya jika
semasa kita membuka komputer kita,kita di ingatkan oleh
hadis-hadis disamping menimba ilmu.

semoga perisian kecil ini bermanafaat untuk kita semua.

Sejarah Pogram
~~~~~~~~~~~~~~

Renungan Harian 2.0:
*tambah interface
*upgrade data hadis Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
*tutup program secara automatik dalam masa 20 saat

I-Jenazah




Menguruskan jenazah adalah fardhu kifayah bagi kita umat Islam. Oleh itu marilah sama-sama kita belajar cara-cara untuk menguruskan jenazah. Mengurus jenazah amat dituntut oleh Islam.

Mari belajar cara menguruskan jenazah berbentuk animasi. Kepada sesiapa yang hendak belajar, boleh download disini. Saiznya cuma 68.8 MB sahaja. Tidak salah sekiranya kita ingin menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada. Selamat Mencuba!

Download

Al-Quran Digital


Al-Quran Digital

Marilah kita sama-sama membanyakkan membaca dan menghafal Al-Quran.

Jadikan Al-Quran & Hadis adalah panduan hidup kita semua.


Dapatkan Al-Quran Digital Di Sini:

Siri i

Siri ii


Siri iii

Selasa, 9 Ogos 2011

Cara menghafal AL-Quran

Beberapa petua menghafal ayat-ayat al-Quran Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman di dalam kitabsuci al-Quran di dalam surah al-Fatir (35:29) yang membawa maksud ,"Those who recite the Book of Allah,establish regular prayer, and spend (in charity) out of what We have provided for them, secretly andopenly, hope for commerce that will never fail".

Abdullah Ibn Amr Ibn Al-As RA telah meriwayatkan:Rasullullah SAW telah bersabda, "The onewho was devoted to the will be told on the Day of Resurrection: `Recite and ascend (in ranks) as youused to recite when you were in the world. Your rank will be at the last Ayah you recite." [Abu Dawud andAt-Tirmidhi]. Qur'an

Hadis ini telah menyebut tentang ganjaran yang diperolehi oleh orang- orang yang menghafal sebahagianataupun seluruh daripada al- Quran.Sebahagian para ulama dalam mentafsirkan hadis ini telah menyebutbahawa jumlah tingkatan di syurga adalah bersamaan dengan jumlah ayat di dalam al-Quran dan seorangmuslim akan menaiki satu tingkatan syurga bagi setiap satu ayat yang beliau telah menghafalnya.

Di dalam hadis yang lain, Othman bin Affan RA telah meriwayatkan bahawa rasullullah SAW bersabda, "Thebest amongst you is the one who learns the and teaches it." [Al-Bukhari]. Qur'an

Berikut disenaraikan beberapa petua untuk menghafal ayat-ayat al- Quran.

a) Pertama,mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana sesungguhnya dosa-dosatidak akan memberi ruang untuk ayat-ayat bertapak di hati manusia.Imam Al-Shafie di dalam satupetikan sajaknya yang terkenal mengadu kepada gurunya akan dirinya yang agak sukar untuk menghafal denganbaik.Gurunya lalu menasihatinya agar meninggalkan dan bertaubat akan segala dosa- dosanya. Quran

b) Mempunyai niat yang benar dan percaya akan balasan baik yang akan diperoleh seperti yang dinyatakan didalam hadis di atas.Mintalah bantuan Allah dengan seikhlas hati untuk sentiasa memudahkan kita menghafalayat-ayat suciNya.

c) Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang beberapa hari) untuk menghafal ayat-ayatQuran.Masa yang paling baik adalah pada waktu yang kita tidak sibuk dengan hal-hal lain.

d) Gunakan naskah yang sama setiap kali kita menghafal.Ini membantu minda kita menangkap dan mengingat apa yang terdapat pada helaian muka surat yang kita ingin hafal.(mind snapshot) Quran

e) Mulakan dengan surah-surah yang paling mudah bagi kita.Ramai yang menyarankan agar hafalan bermula dengan lima juzu' terakhir( bermula dengan juzu' 30,juzu' 29 dan seterusnya)

f) Hafalan juga boleh dimulakan dengan surah-surah yang paling kita gemar membacanya atau yang selalu kita dengar ataupun yang kita sudah biasa dan sudah pula ingat sebahagiannya.

g) Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita menghafalnya.Semakin kita berumur, kita akanlebih sibuk dengan pelbagai urusan dan kemampuan untuk mengingat juga semakin berkurangan. Walaubagaimanapun,walau berapa pun umur kita, kita masih belum terlambat sebenarnya,insya Allah. Walaupun kita tidak pernah menghafal ayat-ayat pada usia kecil atau pada masa usia remaja, namun kita masih lagi berpeluang menghafalnya jika kita mahu.

h) Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam solat-solat sunat yang biasa kitalakukan.Selain itu,mintalah bantuan rakan-rakan ataupun pasangan kita untuk mendengar bacaan hafalan ayat-ayat itu .

i) Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang baik apatah lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan di antara satu sama lain.Sebagai ibu bapa pula,apa salahnya mewujudkan pertandingan di antara anak-anak dan memberi hadiah pada siapa yang berjaya menghafal dengan baik.

E-Book Keagamaan

Untuk membuka dalam window yang lain, klik kanan, open link in new tab atau open link in new window


Mengapa 4 mazhab

Imam Mujtahid

Hukum

Nama anak lelaki islam

Pandangan Mazhab

Perdata utary maharany

Perlukah wuduk setelah mandi

Ramadhan

Solat

Adab

Bau badan

Cara Mengatasi was-was dalam solat

Fiqah solat

Cara Pengubatan Dengan Al-Quran

Solat Jamak & Qasar

Kajian Ilmiah Pengubatan Nabi

Khulafa Ar-Rasyidin Diantara Nas Dan Ijtihad

Manfaat Membaca Al-Fatihah


Adab Memotong kuku

Perhiasan Yang Haram untuk lelaki Dan Wanita

Perihal Solat

Solat Dhuha Untuk Murahkan Rezeki & Menolak Kepapaan

Terjemahan Dalam Solat

38 Kesilapan Dalam Solat

Amalan Sunat Bulan Islam

Artikel puasa

Sunat-sunat Hai'at

Hadis 1

Hadis 2

Feqah Solat Berjemaah


Tazkirah Rejab

Nota Nur Muhammad

Rahsia Solat

Tauhid Menentang Syirik

Tazkirah Pagi Jumaat

Air Oh Air Kenapa Engkau Busuk

Takrif DI

Tayammum - Kaedah Bersuci Pengganti Wuduk Dan Mandi Junub

Tayammum

Tazkirah Imam Syafie Membahaskan 100 Masalah Ketika Tidur

Terminologi Ilmu Fiqah

Thoharoh

Tips Menjaga Sah Ibadah Solat

Warnakan Rambut

Zakat Dalam Ekonomi Moden

7 Tipudaya Syaitan

Adab Pergaulan

Adab Mengosok Gigi

Apa Itu Fatwa

Bab Air

Buku Panduan Puasa Bagi Pesakit


Fahami Maksud Air Mustakmal

Hukum Dalam Masalah Solat Jamak

Hukum Memakai Minyak Wangi Yang Megandungi Alkohol Dalam solat

Imam syafi'e

Kajian Kesan Perbezaan Aliran Mazhab

Kesan Bertatu Dalam Solat

Kontekstual Bermazhab Dalam fiqah

Makanan Haram Dan Mengenal Karekter China

Menyapu Muka Selepas Solat

Pelanggaran Hukum Perang

Pembunuhan Diluar Hukum

Empat Imam Besar

Tiga Masalah Penting Tentang Solat


Zakat Profesional

Fatwa-fatwa Penting Tentang Solat

Fiqah Solat Berjemaah

Sabtu, 6 Ogos 2011

9 Sifat Wanita Yang Disukai Oleh Lelaki

Keibuan

Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya,kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya.Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak.Siapa yang tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik danramping walau dah punya anak 3?

Pandai berbicara

Lelaki tertarik dgn wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenakalelaki dgn baik dan berfikiran terbuka

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.Apabila berhadapan dgn suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke manasaja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati

Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dgn indah dan mempesona.

Rahsia Memotong Kuku

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Khamis, 4 Ogos 2011

Kek Lapis Sarawak "Haram"


Tahukah anda? Kek Lapis Sarawak yang kita makan selama ini berkemungkinan tidak Halal! Umat Islam diingatkan supaya berhati-hati kerana sempena Hari Raya Aidil Fitri Yang akan Menjelang tidak lama lagi, supaya kita tidak termakan kek lapis yang tidak halal. Ini Kerana majerin yang digunakan untuk membuat kek lapis sarwak mengandungi (DNA) babi.


Petikan dari Harian Metro.

KUCHING: Lebih 400 pengusaha pengusaha kek lapis di negeri ini yang pernah menggunakan mentega berjenama terkenal disahkan mengandungi asid deoksiribunuklik (DNA) babi, diarahkan menyamak peralatan serta melupuskan stok walaupun ada pengusaha memiliki stok bernilai jutaan ringgit.


Arahan dikeluarkan Majlis Islam Sarawak (MIS) itu memberi tumpuan terhadap pengusaha kek lapis yang pernah menggunakan mentega berkenaan supaya melakukan kerja menyucikan bekas atau kelengkapan yang digunakan mengikut hukum syarak.


Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, pihaknya turut meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pengharaman mentega itu. “Keputusan makmal dibuat MIS tidak boleh dipertikaikan lagi kerana ia dilakukan Jabatan Kimia Malaysia, Sarawak yang mengambil sampel mentega yang boleh diperoleh secara meluas di pasaran tempatan itu.

“Ujian berkenaan dibuat di makmal dalam negara dan disahkan mengandungi DNA babi. Jadi, wajib bagi MIS memaklumkan hal ini kepada semua umat Islam di Malaysia dan Jakim perlu mengeluar kenyataan susulan,” katanya.


Menurutnya, proses menyamak tidak mengambil masa yang lama kerana ia boleh disiapkan tidak lebih sejam bergantung kepada saiz peralatan, malah tidak menjejaskan atau merosakkan mesin pengusaha kek berkenaan.


“Pengusaha kek lapis perlu menghentikan segera penggunaan mentega jenama berkenaan,” katanya.


Isu mentega itu menimbulkan kekeliruan apabila kebanyakan pengusaha kek lapis menggunakan surat Jakim kepada syarikat pembuat mentega berkenaan mengesahkan ia halal, malah ada iklan di akhbar tempatan mendakwa mentega itu mendapat pengiktirafan pihak berkuasa berkenaan.


Berkenaan tindakan melupuskan stok kek sedia ada yang menggunakan mentega berkenaan, Daud berkata, pengusaha tidak mempunyai pilihan selain perlu melupuskan stok berkenaan.


“Kami dimaklumkan memang ada pengusaha menyediakan stok bernilai jutaan ringgit sejak tiga atau empat bulan lalu, namun hukum mengatakan ia haram kerana mengandungi DNA babi.


“Bagi pengusaha yang mempunyai simpanan mentega berkenaan dalam jumlah yang banyak, mereka boleh merujuk Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk maklumat lanjut,” katanya sambil mengarahkan pengusaha perlu menukar mentega berjenama yang disahkan halal.


myMetro | Pengusaha diarah samak.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Taukekeklapissamakperalatan/Article/index_html

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/JakimtaksanggahpenemuanDNAbabi/Article/index_html

Isnin, 1 Ogos 2011

Doa Niat Puasa Ramadhan





Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Nawaitu shouma ghodin ‘an adaa-i fardhi syahri romadhoona haadzihis sanati lillaahi ta ‘aala.

Ertinya :
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berniat puasa esok hari menunaikan kewajiban Ramadhan tahun ini karena Allah Ta’ala

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:


نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.


Lafaz lengkap:


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:


Lafaznya:


نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
Riwayat Bukhari & Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
Riwayat Bukhari dan Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Puasa itu perisai dan benteng yang membentengi dari sentuhan api neraka.”
Riwayat Ahmad dan Baihaqi

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.”
(Bukhari & Muslim)

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan (hilal) dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung awan daripada pandangan kamu, maka sempurnakanlah bulan tersebut (tiga puluh hari)”.

Puasa

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.


Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)}}

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.......

Syarat wajib puasa

Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:

  • Berakal/waras
  • Baligh (cukup umur)
  • Mampu/tidak uzur.

Syarat sah puasa

Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:

  • Orang Islam
  • Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

Rukun puasa

Rukun puasa ada dua, iaitu:

  • Berniat pada malam harinya
  • Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Sunat puasa

Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:

  • Makan sahur serta melambatkannya
  • Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
  • Menjamu orang-orang berbuka puasa
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.

Mereka yang diizinkan berbuka

Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:

  • Orang yang sakit .
  • Orang yang berkerja buruh.
  • Orang yang dalam musafir (perjalanan).
  • Orang tua yang sudah lemah.
  • Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Tingkatan Puasa

Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:

  1. Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
  2. Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
  3. Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan

Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.

Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Hukum Puasa

Puasa Wajib

  1. Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
  2. Puasa Kifarah.
  3. Puasa qadha
  4. Puasa Nazar.

Puasa Sunat

Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:

  1. Puasa enam hari pada bulan Syawal
  2. Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah, namun menurut Ahli Sunah Waljamaah (Sunni), berpuasa pada 9 Zulhijjah adalah haram bagi orang yang menunaikan ibadah Haji. Berpuasa pada 9 Zulhijjah juga adalah dilarang dalam Mazhab Syiah.
  3. Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam
  4. Puasa pada Hari Isnin dan Khamis
  5. Puasa pada 13, 14, 15 haribulan pada setiap bulan Islam Hijrah. Pada tarikh-tarikh tersebut bulan akan berada dalam keadaan amat jelas kelihatan serta purnama penuh.

Puasa Haram

Rencana utama: Tempoh haram puasa
  1. Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
  2. Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal
  3. Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah
  4. Puasa pada Hari Tashriq pada 11, 12, 13 Zulhijjah
  5. Puasa perempuan haid & Nifas
  6. Puasa pada Hari Arafah yakni pada 9 Zulhijjah, larangan berpuasa menurut Mazhab Syiah, tetapi berpuasa pada hari tersebut adalah sunat bagi Muslim yang mengikuti Mazhab Ahli Sunah Waljamaah, namun menurut pandangan Ahli Sunah Waljamaah juga, haram berpuasa pada hari tersebut bagi orang yang menunaikan Haji di Arafah.
  7. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
  8. Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
  9. Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT

Perkara Yang Membatalkan Puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

  • Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila (hilang akal)
  • Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  • Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
  • Murtad (keluar dari Islam)
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:
Free Blog Templates